Friday, March 31, 2017

Tips Bagi Pemegang Lesen P

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Anda yang baru sahaja dapat lesen P tu, nak tahu tak tips pemanduan dari klezcar? Iyalah, baru-baru dapat lesen masih takut-takut lagi kan.. Jom baca ni kami kongsikan untuk anda supaya lepas ni akan lebih yakin di atas jalan raya.


1) Sentiasa Sabar Ketika Memandu

Sifat marah semasa memandu perlu dielakkan kerana emosi boleh memberi gangguan terhadap fokus kita. Jadi elakkan memarahi pemandu lain dan tarik nafas ketika anda sedang marah sehinggalah ia reda. 

Pernah terlihat pemandu yang mengekori rapat atau menghimpit atau memotong kenderaan lain sebagai tindak balas yang menunjukkan mereka marah kepada pemandu tersebut? Perkara itu sebenarnya sangat membahayakan dan mungkin boleh menyumbang kepada kemalangan jalan raya. 

Oleh itu, sebagai pengguna jalan raya perlulah tanamkan sikap bertolak ansur, jika anda terbuat kesalahan pada pemandu lain segeralah meminta maaf supaya semua pengguna jalan raya dapat memandu dan juga menunggang dengan tenang dan selamat.



2) Menangani Tayar Pancit

Bagaimana untuk kesan tayar anda mengalami masalah pancit? 
Tayar hadapan pancit akan menyebabkan stereng anda sedikit lari. Sekiranya tayar belakang yang pancit, kereta anda akan menjadi rendah di satu sisi.

Jika anda hadapi situasi seperti berikut, tak perlu khuatir. Perlahan-lahan cuba halakan kereta anda ke bahu jalan dan berhenti untuk menukar tayar kepada tayar spare. Menukar tayar adalah perkara yang semua orang patut tahu kerana ianya sangat mudah, jika tidak tahu hubungilah orang yang arif bagi membantu anda. Untuk tips lanjut tentang cara-cara menukar tayar yang pancit, klik sini > Cara Menukar Tayar Kereta Yang Pancit
 .



3) Menangani Kemalangan

Bagi kemalangan yang serius dan membawa kecederaan, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah segera keluar dari kenderaan dan meminta bantuan. Namun bagi kemalangan yang kecil pastikan sebelum anda keluar dari kenderaan, anda berada di tempat yang selamat. Jangan sesekali keluar dari kenderaan anda semasa berada di kawasan yang sunyi dan tiada orang kerana ini adalah risiko kepada kejadian ragut dan macam-macam lagi. 

Seperti tips yang pertama, sabar dan bertenang. Sekiranya kenderaan anda menghalang lalulintas, alihkan dulu ke tepi untuk kemudahan pengguna jalanraya yang lain. Kemudian, berbincang tentang punca sebenar serta cara menyelesaikannya. Jangan lupa untuk ambil gambar kemalangan itu sebagai bukti tidak kiralah siapa pun yang salah. 


Ada banyak lagi yang ingin kami kongsikan, mungkin di entri lain pula. Pesanan dari kami, berhati-hatilah semasa memandu. Tidak kira berapa lama pun pengalaman anda memandu.


Kereta Sewa Senawang 
019-787 3444

Tempahan Online
www.klezcar.com

Hotline 24 jam 
1300-88-4040

1 comment:

  1. toaks titanium - The Titanium Arts
    You get the ability to get the maximum experience you want titanium ore to and get babylisspro nano titanium your best value. You camillus titanium have the titanium ranger ability titanium muffler to earn value for your money.

    ReplyDelete