Wednesday, July 18, 2018

Pelaburan Pajakan Kereta Dengan Syarikat KLEZCAR


 Adakah anda salah seorang yang terbeban dengan pelbagai bayaran bulanan seperti bil elektrik, astro, rumah dan kereta?

Mencari pendapatan sampingan bagi menampung belanjawan bulanan yang tidak menentu?

Mencari pekerjaan sampingan yang tidak memerlukan komitmen tinggi yang seterusnya mengorbankan masa lapang bersama keluarga?

Pihak Syarikat Kereta Sewa Pandu Sendiri KLEZCAR membuka pintu kepada  anda dengan pelaburan pajakan kereta. Secara ringkas, ia satu perlaburan yang mana meletakkan kereta anda di syarikat kami bagi diusahakan untuk menjadi kereta sewa. Segala keuntungan bersih akan dikongsi bersama antara pemilik kereta dan syarikat berlandaskan konsep Mudharabah.

Pembahagian keuntungan bersih dengan formula 30:70 selepas ditolak 'installment' bulanan, 'roadtax', 'maintenance' kereta dan lain-lain. Jika berlaku kerugian di dalam bulan tersebut(katakan berlaku sesuatu yang tak diduga menyebabkan tiada jualan), pihak syarikat akan menanggung segala kos kereta tersebut tanpa melibatkan sebarang pengeluaran duit pemilik kereta.

Formula 30:70, dimana pemilik kereta mendapat 30% dan syarikat kereta sewa mengambil 70%. Ini adalah peratusan keuntungan bersih diperoleh dalam satu-satu bulan.
 
Berikut adalah kelebihan diperolehi oleh anda apabila memasuki perlaburan pajakan kereta melalui Syarikat Kereta Sewa Pandu Sendiri KLEZCAR;
  1. Bayaran 'installment' di bayar oleh syarikat.
  2. Segala kos 'service', 'roadtax', insuran dan kerosakan ditanggung oleh syarikat.
  3. Pemilik kenderaan akan menerima pendapatan bersih setiap bulan melalui keuntungan jualan.
  4. Pemilik kenderaan tidak perlu melibatkan diri dalam menguruskan perniagaan.
  5. Pelaburan anda akan di selia dan diuruskan oleh syarikat yang jujur dan telus.

Jika anda berminat dengan perlaburan pajakan kereta ini, boleh mengisi borang pra pendaftaran dibawah dengan menekan gambar tersebut. 




Tekan Gambar Di Atas Bagi Mengisi Borang Pra Pendaftaran Pajakan Kereta


Friday, August 25, 2017

KLEZCAR KERETA SEWA SENAWANG. SYARIKAT KERETA SEWA TERBAIK DI SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN!


ANDA MENCARI KERETA SEWA TERBAIK DI SENAWANG
YANG MURAH, BERSIH & SELESA?

Sila Hubungi Kami Sekarang Untuk Tempahan!!

Direct Number : 019-787 3444 
(Call/Sms/Whatsapp)

AWAS! PASTIKAN ANDA MENDAPAT KERETA SEWA YANG SEPADAN DENGAN NILAI WANG YANG ANDA BAYAR.

Kami dari Cawangan Klezcar Kereta Sewa Senawang, Negeri Sembilan adalah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan sewa kereta pandu sendiri terbesar di Malaysia. Kami amat mementingkan agar pelanggan kami mendapat kereta sewa yang bersih, selesa dan diselenggara dengan baik. Kami mempunyai kereta sewa Perodua Myvi, Perodua Axia, Perodua Alza dan Proton Saga.

Di Senawang, pejabat cawangan operasi kereta sewa kami terletak di Tingkat 1, No 2, Jalan Pusat Perniagaan Ixora 1, Pusat Perniagaan Ixora, 70450 Seremban.





Lokasi ke pejabat Kereta Sewa KLezcar Senawang, Seremban, Negeri Sembilan:
  • Pejabat terletak di lot kedai Kawasan Perusahaan Senawang Baru, 70450 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
  • 1 km dari Balai Bomba Senawang
  • 2 km dari Giant Senawang
  • 2 km dari Mydin Senawang
  • 1 km dari Senawang Specialist Hospital

Tempah Kereta Sewa Anda sekarang!

Hubungi kami —» 1-300-88-4040
Hubungi kami —» www.klezcar.com
Hubungi kami —» 019-787 3444

Fleet Yang Sedia Untuk Disewa:

========
KOMPAK
========


PERODUA VIVA 1.0 (AT) 
RM110/hari
RM600/minggu
RM1700/bulan


PERODUA AXIA 1.0 (AT)
RM120/hari
RM650/minggu
RM1800/bulan


PERODUA MYVI  1.3 (AT)
RM130/hari
RM700/minggu
RM1900/bulan


======
SEDAN
======



PROTON SAGA FLX 1.3 (AT)
RM130/hari
RM700/minggu
RM1900/bulan

====
MPV
====



PERODUA ALZA  1.5 (AT) 
RM180/hari
RM1050/minggu
RM2900/bulan



SPECIAL OFFER!!!

HANYA UNTUK ANDA YANG MELAYARI WEBSITE INI

DISKAUN 10%!!! 

UNTUK KERETA PERODUA  MYVI, PERODUA VIVA & PERODUA ALZA

CARA UNTUK CLAIM DISKAUN??
  1. Call Nombor 019-787 3444 (Direct Line Klezcar Senawang)
  2. Berikan tarikh sewaan dan pilihan kereta
  3. Beritahu Crew Klezcar Senawang anda dapat no telefon Klezcar Senawang dari Google/Blog Kereta Sewa Senawang
  4. Berikan Kod Diskaun - (jimat10peratussenawang) kepada staf syarikat Klezcar Senawang
  5. Terima Harga Diskaun Dan Teruskan Dengan Tempahan
  6. Tamat.


CALL NOW !!  

1 300 88 4040 (Hotline 24 jam)

 019-7873444 (Direct Call/Whatsapp/Sms)

Disclaimer: Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengguna sebenar. Pengguna dinasihatkan mendapatkan penerangan yang lebih jelas daripada pihak kami bagi perkhidmatan dan tawaran yang diberikan.

Thursday, May 18, 2017

5 Kesilapan Penyelenggaraan Kereta Yang Menyebabkan Kos Tinggi


Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,


Pastinya anda pernah mendengar ayat ini bukan? "Membeli kereta itu lebih mudah daripada menjaganya". Hal ini tidak dapat dinafikan kerana setelah wang dikumpul anda akan mampu memiliki kereta yang anda inginkan. Namun bukan setakat itu, proses menjaga kereta tersebut sebenarnya adalah lebih rumit dan kosnya berubah-ubah mengikut keadaan kereta anda. Lebih lama hayat kereta itu, mungkin lebih banyak yang anda perlu perbaiki.

Jadi anda perlu sentiasa bersedia atau lebih bagus jika anda mampu meminimakan kos penyelenggaraan kereta anda. Bagaimana nak minimakan kos penyelengaraan? Ha...Di sini kami senaraikan 5 Kesilapan Penyelenggaraan Kereta Yang Menyebabkan Kos Tinggi supaya anda tidak melakukan ini lagi.



1. ABAIKAN AMARAN YANG MENYALA
Sikap gemar mengabaikan tanda amaran yang menyala ini harus dielakkan. Walaupun kereta anda masih boleh bergerak, jika anda masih dalam kategori yang kurang arif berkenaan enjin kereta, haruslah segera merujuk kepada yang pakar jika terpapar tanda amaran periksa enjin bagi mengelakkan sesuatu yang tidak dijangka berlaku contohnya kereta tiba-tiba berhenti beroperasi.
Akibatnya nanti, kos baik pulih keadaan kritikal akan menelan belanja besar berbanding kos yang dilaburkan di peringkat awal.

2. MENANGGUH PENUKARAN MINYAK ENJIN
Kereta-kereta moden hari ini telah membawa lebih penjimatan dari segi kos dan masa penyelenggaraan kerana penukaran minyak enjin tidak perlu lagi dilakukan sekerap kereta-kereta lama. Namun,minyak enjin kereta masih perlu ditukar apabila tiba masanya kerana minyak enjin tidak boleh terlalu lama dibiarkan dalam enjin 

3. TIDAK MEMBUAT PEMERIKSAAN BREK
Brek adalah antara komponen kereta paling penting. Adalah sangat merbahaya jika brek kereta tidak berfungsi, ia bukan sahaja boleh membahayakan nyawa anda serta seisi penumpang namun boleh juga melibatkan nyawa pemandu lain. Jadi anda tidak seharusnya mengabaikan pemeriksaan brek serta tayar kereta.

4. BILAH PENGELAP TIDAK DIGANTI
Dalam cuaca buruk seperti hari hujan, sekiranya anda mendapati pandangan hadapan kereta tidak jelas setelah cermin digilap dengan pengilap cermin, anda seharusnya mengganti bilah pengilap cermin tersebut. Bilah pengilap cermin merupakan salah satu bahagian yang penting dan anda perlu pastikan ia dapat berfungsi dengan baik supaya perjalanan anda akan lebih lancar dan ia tidak merosakkan permukaan cermin kereta anda. 

5. MENGABAIKAN PENJAJARAN RODA
Pengabaian penjajaran roda boleh mengakibatkan tayar anda menjadi cepat haus atau rosak. Pastikan penjajaran roda tayar dilakukan supaya keadaan boleh dicegah daripada menjadi lebih buruk dan seterusnya muingkin boleh memberi kesan kepada sistem pengendalian stereng, brek dan suspensi kereta anda.


Kesemua perkara di atas perlu anda titikberatkan sekiranya anda berhasrat untuk mengurangkan kos bagi perbelanjaan penyelenggaraan kereta anda. Ada banyak lagi yang tidak sempat kami kongsikan. Di Klezcar - Kereta Sewa Senawang juga kami sentiasa memastikan kereta kami dijaga dengan baik termasuk penjajaran roda dengan baik.


Sumber: Pandulaju 



Kereta Sewa Senawang
019-787 3444


Tempahan www.klezcar.com | 1300-88-4040


LIKE > Facebook Kereta Sewa Senawang
FOLLOW > Instagram Kereta Sewa Senawang



Friday, March 31, 2017

Tips Bagi Pemegang Lesen P

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Anda yang baru sahaja dapat lesen P tu, nak tahu tak tips pemanduan dari klezcar? Iyalah, baru-baru dapat lesen masih takut-takut lagi kan.. Jom baca ni kami kongsikan untuk anda supaya lepas ni akan lebih yakin di atas jalan raya.


1) Sentiasa Sabar Ketika Memandu

Sifat marah semasa memandu perlu dielakkan kerana emosi boleh memberi gangguan terhadap fokus kita. Jadi elakkan memarahi pemandu lain dan tarik nafas ketika anda sedang marah sehinggalah ia reda. 

Pernah terlihat pemandu yang mengekori rapat atau menghimpit atau memotong kenderaan lain sebagai tindak balas yang menunjukkan mereka marah kepada pemandu tersebut? Perkara itu sebenarnya sangat membahayakan dan mungkin boleh menyumbang kepada kemalangan jalan raya. 

Oleh itu, sebagai pengguna jalan raya perlulah tanamkan sikap bertolak ansur, jika anda terbuat kesalahan pada pemandu lain segeralah meminta maaf supaya semua pengguna jalan raya dapat memandu dan juga menunggang dengan tenang dan selamat.



2) Menangani Tayar Pancit

Bagaimana untuk kesan tayar anda mengalami masalah pancit? 
Tayar hadapan pancit akan menyebabkan stereng anda sedikit lari. Sekiranya tayar belakang yang pancit, kereta anda akan menjadi rendah di satu sisi.

Jika anda hadapi situasi seperti berikut, tak perlu khuatir. Perlahan-lahan cuba halakan kereta anda ke bahu jalan dan berhenti untuk menukar tayar kepada tayar spare. Menukar tayar adalah perkara yang semua orang patut tahu kerana ianya sangat mudah, jika tidak tahu hubungilah orang yang arif bagi membantu anda. Untuk tips lanjut tentang cara-cara menukar tayar yang pancit, klik sini > Cara Menukar Tayar Kereta Yang Pancit
 .



3) Menangani Kemalangan

Bagi kemalangan yang serius dan membawa kecederaan, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah segera keluar dari kenderaan dan meminta bantuan. Namun bagi kemalangan yang kecil pastikan sebelum anda keluar dari kenderaan, anda berada di tempat yang selamat. Jangan sesekali keluar dari kenderaan anda semasa berada di kawasan yang sunyi dan tiada orang kerana ini adalah risiko kepada kejadian ragut dan macam-macam lagi. 

Seperti tips yang pertama, sabar dan bertenang. Sekiranya kenderaan anda menghalang lalulintas, alihkan dulu ke tepi untuk kemudahan pengguna jalanraya yang lain. Kemudian, berbincang tentang punca sebenar serta cara menyelesaikannya. Jangan lupa untuk ambil gambar kemalangan itu sebagai bukti tidak kiralah siapa pun yang salah. 


Ada banyak lagi yang ingin kami kongsikan, mungkin di entri lain pula. Pesanan dari kami, berhati-hatilah semasa memandu. Tidak kira berapa lama pun pengalaman anda memandu.


Kereta Sewa Senawang 
019-787 3444

Tempahan Online
www.klezcar.com

Hotline 24 jam 
1300-88-4040