Friday, March 31, 2017

Tips Bagi Pemegang Lesen P

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Anda yang baru sahaja dapat lesen P tu, nak tahu tak tips pemanduan dari klezcar? Iyalah, baru-baru dapat lesen masih takut-takut lagi kan.. Jom baca ni kami kongsikan untuk anda supaya lepas ni akan lebih yakin di atas jalan raya.


1) Sentiasa Sabar Ketika Memandu

Sifat marah semasa memandu perlu dielakkan kerana emosi boleh memberi gangguan terhadap fokus kita. Jadi elakkan memarahi pemandu lain dan tarik nafas ketika anda sedang marah sehinggalah ia reda. 

Pernah terlihat pemandu yang mengekori rapat atau menghimpit atau memotong kenderaan lain sebagai tindak balas yang menunjukkan mereka marah kepada pemandu tersebut? Perkara itu sebenarnya sangat membahayakan dan mungkin boleh menyumbang kepada kemalangan jalan raya. 

Oleh itu, sebagai pengguna jalan raya perlulah tanamkan sikap bertolak ansur, jika anda terbuat kesalahan pada pemandu lain segeralah meminta maaf supaya semua pengguna jalan raya dapat memandu dan juga menunggang dengan tenang dan selamat.



2) Menangani Tayar Pancit

Bagaimana untuk kesan tayar anda mengalami masalah pancit? 
Tayar hadapan pancit akan menyebabkan stereng anda sedikit lari. Sekiranya tayar belakang yang pancit, kereta anda akan menjadi rendah di satu sisi.

Jika anda hadapi situasi seperti berikut, tak perlu khuatir. Perlahan-lahan cuba halakan kereta anda ke bahu jalan dan berhenti untuk menukar tayar kepada tayar spare. Menukar tayar adalah perkara yang semua orang patut tahu kerana ianya sangat mudah, jika tidak tahu hubungilah orang yang arif bagi membantu anda. Untuk tips lanjut tentang cara-cara menukar tayar yang pancit, klik sini > Cara Menukar Tayar Kereta Yang Pancit
 .



3) Menangani Kemalangan

Bagi kemalangan yang serius dan membawa kecederaan, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah segera keluar dari kenderaan dan meminta bantuan. Namun bagi kemalangan yang kecil pastikan sebelum anda keluar dari kenderaan, anda berada di tempat yang selamat. Jangan sesekali keluar dari kenderaan anda semasa berada di kawasan yang sunyi dan tiada orang kerana ini adalah risiko kepada kejadian ragut dan macam-macam lagi. 

Seperti tips yang pertama, sabar dan bertenang. Sekiranya kenderaan anda menghalang lalulintas, alihkan dulu ke tepi untuk kemudahan pengguna jalanraya yang lain. Kemudian, berbincang tentang punca sebenar serta cara menyelesaikannya. Jangan lupa untuk ambil gambar kemalangan itu sebagai bukti tidak kiralah siapa pun yang salah. 


Ada banyak lagi yang ingin kami kongsikan, mungkin di entri lain pula. Pesanan dari kami, berhati-hatilah semasa memandu. Tidak kira berapa lama pun pengalaman anda memandu.


Kereta Sewa Senawang 
019-787 3444

Tempahan Online
www.klezcar.com

Hotline 24 jam 
1300-88-4040

Thursday, March 30, 2017

Cara Menukar Tayar Kereta Yang Pancit

Cara Menukar Tayar Kereta Yang Pancit



Assalamualaikum dan Selamat Petang,

Pernah alami tayar kereta tiba-tiba pancit ? Anda yang memandu pasti dapat merasai keadaan kenderaan anda adalah berbeza apabila tayar kurang angin. Jadi apa yang perlu dilakukan? Jangan khuatir, di bawah ada 8 langkah mudah yang perlu anda ikut sekiranya tayar kereta anda pancit tiba-tiba semasa memandu.

1) Hentikan kereta di bahu jalan dan jangan lupa untuk letakkan segitiga amaran kira-kira 10 kaki atau 20 kaki di belakang kenderaan.

2) Keluarkan tayar spare serta peralatan-peralatan menukar tayar yang diperlukan contohnya jack dan pemutar skru.

3) Jack kereta anda utk meninggikan paras tayar daripada jalan raya agar lebih mudah utk proses anda menukar tayar yang pancit tersebut.

4) Keluarkan semua skru dan letakkannya di tempat yang ia tidak mudah bergolek supaya tidak akan ada skru yang hilang.


5) Gantikan tayar dengan tayar spare dan pasang semula skru yang telah dibuka.


6) Turunkan jack dan pastikan skru dipasang kembali dengan rapat dan kemas.

7) Pandu secara perlahan dan tuju ke bengkel berdekatan untuk perbaiki tayar yang pancit tadi.

8) Setelah selesai, guna semula tayar yang asal dan simpan kembali tayar spare anda.

Itu sahaja langkah mudah yang perlu anda ambil sekiranya anda hadapi situasi ini. Yang paling penting adalah perlu sentiasa pastikan setiap alatan-alatan yang diperlukan semasa kecemasan termasuk juga tayar spare ada tersedia di dalam kereta anda. 


KLEZCAR Kereta Sewa Senawang
019-787 3444

Tempahan ONLINE 
www.klezcar.com

Hotline 24 jam
1300-88-4040