Thursday, May 18, 2017

5 Kesilapan Penyelenggaraan Kereta Yang Menyebabkan Kos Tinggi


Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,


Pastinya anda pernah mendengar ayat ini bukan? "Membeli kereta itu lebih mudah daripada menjaganya". Hal ini tidak dapat dinafikan kerana setelah wang dikumpul anda akan mampu memiliki kereta yang anda inginkan. Namun bukan setakat itu, proses menjaga kereta tersebut sebenarnya adalah lebih rumit dan kosnya berubah-ubah mengikut keadaan kereta anda. Lebih lama hayat kereta itu, mungkin lebih banyak yang anda perlu perbaiki.

Jadi anda perlu sentiasa bersedia atau lebih bagus jika anda mampu meminimakan kos penyelenggaraan kereta anda. Bagaimana nak minimakan kos penyelengaraan? Ha...Di sini kami senaraikan 5 Kesilapan Penyelenggaraan Kereta Yang Menyebabkan Kos Tinggi supaya anda tidak melakukan ini lagi.



1. ABAIKAN AMARAN YANG MENYALA
Sikap gemar mengabaikan tanda amaran yang menyala ini harus dielakkan. Walaupun kereta anda masih boleh bergerak, jika anda masih dalam kategori yang kurang arif berkenaan enjin kereta, haruslah segera merujuk kepada yang pakar jika terpapar tanda amaran periksa enjin bagi mengelakkan sesuatu yang tidak dijangka berlaku contohnya kereta tiba-tiba berhenti beroperasi.
Akibatnya nanti, kos baik pulih keadaan kritikal akan menelan belanja besar berbanding kos yang dilaburkan di peringkat awal.

2. MENANGGUH PENUKARAN MINYAK ENJIN
Kereta-kereta moden hari ini telah membawa lebih penjimatan dari segi kos dan masa penyelenggaraan kerana penukaran minyak enjin tidak perlu lagi dilakukan sekerap kereta-kereta lama. Namun,minyak enjin kereta masih perlu ditukar apabila tiba masanya kerana minyak enjin tidak boleh terlalu lama dibiarkan dalam enjin 

3. TIDAK MEMBUAT PEMERIKSAAN BREK
Brek adalah antara komponen kereta paling penting. Adalah sangat merbahaya jika brek kereta tidak berfungsi, ia bukan sahaja boleh membahayakan nyawa anda serta seisi penumpang namun boleh juga melibatkan nyawa pemandu lain. Jadi anda tidak seharusnya mengabaikan pemeriksaan brek serta tayar kereta.

4. BILAH PENGELAP TIDAK DIGANTI
Dalam cuaca buruk seperti hari hujan, sekiranya anda mendapati pandangan hadapan kereta tidak jelas setelah cermin digilap dengan pengilap cermin, anda seharusnya mengganti bilah pengilap cermin tersebut. Bilah pengilap cermin merupakan salah satu bahagian yang penting dan anda perlu pastikan ia dapat berfungsi dengan baik supaya perjalanan anda akan lebih lancar dan ia tidak merosakkan permukaan cermin kereta anda. 

5. MENGABAIKAN PENJAJARAN RODA
Pengabaian penjajaran roda boleh mengakibatkan tayar anda menjadi cepat haus atau rosak. Pastikan penjajaran roda tayar dilakukan supaya keadaan boleh dicegah daripada menjadi lebih buruk dan seterusnya muingkin boleh memberi kesan kepada sistem pengendalian stereng, brek dan suspensi kereta anda.


Kesemua perkara di atas perlu anda titikberatkan sekiranya anda berhasrat untuk mengurangkan kos bagi perbelanjaan penyelenggaraan kereta anda. Ada banyak lagi yang tidak sempat kami kongsikan. Di Klezcar - Kereta Sewa Senawang juga kami sentiasa memastikan kereta kami dijaga dengan baik termasuk penjajaran roda dengan baik.


Sumber: Pandulaju 



Kereta Sewa Senawang
019-787 3444


Tempahan www.klezcar.com | 1300-88-4040


LIKE > Facebook Kereta Sewa Senawang
FOLLOW > Instagram Kereta Sewa Senawang



No comments:

Post a Comment